Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe |
Kuala Lumpur - Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe tidak menyalahkan penjaga gol Firdaus Mohamed yang dilayangkan kad merah pada minit ke-82 apabila menepis percubaan pemain gantian Selangor, S Veenod di luar petak penalti.
Menurutnya, dalam situasi itu penjaga gol tidak boleh dipersalahkan kerana menjalankan tugas dengan baik (berusaha untuk menampan rembatan Veenod yang tidak dikawal pemain lain).
“Dia (Firdaus) juga menjalankan tugas dengan baik pada babak pertama. Dalam bola sepak apa saja boleh berlaku terutama ketika berdepan situasi seperti itu,” katanya.
Sebelum Firdaus diperintah keluar padang oleh pengadil Muhammad Nazmi Nasaruddin, Kedah ketinggalan 0-2 apabila pemain Selangor Hazwan Bakri menjaringkan dua gol pada minit keempat dan ke-47.
Ia memaksa Cheng Hoe memasukkan penjaga gol gantian Shazwan Abdullah menggantikan pemain sayap kiri Syazwan Zainon.
Bekas penolong jurulatih skuad kebangsaan itu juga mengakui kelemahan utama pasukannya musim ini adalah di benteng pertahanan serta penjaga gol dan perkara itu harus dititikberatkan musim depan.
Dalam pada itu, Cheng Hoe mengakui keadaan padang yang tidak rata akibat hujan menyukarkan rangkaian serangannya melakukan gerakan berbahaya ke arah pintu gol Kedah.
“Chidi Edeh dan Sandro Da Silva tidak boleh bermain dengan corak permainan biasa. Ia menimbulkan masalah buat kami untuk melakukan serangan dan mencari gol.
“Jika kami menukar strategi dengan bermain hantaran jauh mereka mempunyai dua pertahanan tengah yang mantap terutama pemain import yang memakai jersi nombor dua (Robert Cornthwaite),” katanya yang kembali semula ke China semalam untuk menyambung kursus kejurulatihan.
Kata Cheng Hoe, permainan bola sepak sekarang termasuk di seluruh dunia kebanyakan menggunakan taktik hantaran rendah dan pendek bukannya hantaran jauh.
Kedah yang kalah dalam perlawanan kelmarin masih lagi berasa semangat menjelang musim depan apabila mereka kembali ke Liga Super selepas muncul juara di Liga Perdana musim ini.
Sumber: myMetro