CHRIN dikawal polis ketika hadir ke mahkamah di Battambang pada Oktober lalu. |
Phnom Penh – Seorang pengamal perubatan tidak berlesen dihukum penjara 25 tahun oleh sebuah mahkamah di Kemboja semalam selepas didapati bersalah menjangkiti lebih 100 penduduk dengan virus HIV.
Yem Chrin, 56, menjangkiti penduduk dengan virus HIV yang membawa penyakit AIDS apabila menggunakan semula jarum suntikan.
Sekurang-kurangnya 10 pesakit daripada 106 penduduk kampung Roka di wilayah Battambang yang dijangkiti virus maut itu meninggal dunia.
Jurucakap mahkamah di Battambang berkata, Chrin didapati bersalah berkelakuan kejam dengan menyebabkan kematian, sengaja menyebarkan HIV dan merawat pesakit tanpa lesen.
Chrin ditahan pada Disember tahun lalu dan diletakkan di bawah pengawasan polis kerana bimbang dipukul penduduk kampung yang berang.
Perbicaraannya berlangsung selama lima hari pada Oktober lalu.
Chrin yang merawat penduduk kampung dari 1996 hingga 2014 berkata, dia hanya mahu membantu komuniti itu dan bukan menyebarkan penyakit.
Pesakit yang dijangkiti HIV oleh Chrin berusia lingkungan tiga hingga 82 tahun termasuk beberapa sami Buddha. – AP