Dua Hantu New Zealand Dalam Botol Kaca Dilelong Di Internet


Pada tahun 2010, Avie Woodbury seorang wanita asal New Zealand melelongkan dua botol berisi ‘hantu’ menerusi laman TradeMe. 

Dia mendakwa botol berisi cairan biru itu ditutup dengan air suci penganut Kristian.

“Saya cuma ingin singkirkan mereka kerana buat saya takut,” katanya kepada akhbar Britain, DailyMail. Dia sendiri meminta pertolongan aktivis paranormal untuk menangkap ‘hantu’ agar tidak menganggu hidupnya lagi.

Namun ada pula tertarik untuk memelihara mahluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. 

Ternyata, ramai meminati botol berisi ‘hantu’ dilelong Woodbury sehingga berjaya dijual pada NZ$2,000 (RM5866).

“Untuk menghidupkan kembali ‘hantu’ dalam botol, saya diberitahu anda boleh menuangkan isi botol itu ke dalam piring kecil dan biarkan ia dikeringkan,” menurut pencerahan Woodbury melalui laman TradeMe. -Kedahnews.com