Dua Pusat Pemindahan Banjir Di Bandar Baharu Ditutup


BANDAR BAHARU - Dua pusat pemindahan banjir di daerah ini yang menempatkan 119 mangsa banjir ditutup pada 1 tengah semalam berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Noor Azizah Abdul Razak memberitahu, pusat pemindahan tersebut ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu (78 mangsa) dan SK Sungai Kecil Ulu (41 mangsa).

Kedua-dua pusat pemindahan tersebut dibuka sejak 25 Nov lalu berikutan banjir yang melanda lima kampung iaitu Kampung (Kg) Berjaya, Kg Besar, Kg Raja, Kg Asam Kumbang dan Kg Bagan Samak. - Bernama