Dulu Mimi Seorang Sami Buddha Di Pedalaman, Kini Dia Model Seksi?


PELIK tetapi benar – itulah yang berlaku apabila Mimi Tao, 23, seorang bekas sami Buddha di Thailand kini bergelar model pakaian dalam ternama di sana.

Gambar kiri menunjukkan Mimi sewaktu sedang berposing dan gambar kanan menunjukkan beliau ketika menjadi sami.

Mimi asalnya dilahirkan dalam sebuah keluarga berada di Khon Kaen, Thailand.

Berbeza dengan adik-beradiknya yang lain, dia dihantar keluarga untuk mendalami ilmu agama di sebuah kawasan pedalaman. Pada waktu itu, kepalanya dicukur dan dia menjalani kehidupan biasa sebagai seorang sami Buddha.

Mimi berposing sebagai model (kiri) dan ketika masih menjadi sami.
Mimi yang gemar bergaya bagaimanapun tetap dengan pendiriannya ingin menjadi seorang wanita. Justeru dia sering berlatih jalan catwalk, memakai mekap dan mengambil pil perancang kehamilan untuk membolehkan tubuhnya menghasilkan hormon wanita.

Setelah 6 tahun meninggalkan kuil (tempat dia dihantar mendalami ilmu agama), Mimi berhijrah ke Pattaya dan Bangkok.

Di sana dia bekerja sebagai penari kabaret sebelum berjumpa dengan supermodel terkenal, Rojjana “Yui” Phetkanha.

Mimi Tao ketika menghadiri Grand Opening Delay Grand Medical Center.
Yui telah ‘mendidik’ Mimi dengan memberikan latihan catwalk, teknik posing dalam gambar dan beberapa lagi skil yang diperlukan oleh seorang model.

Kini Mimi merupakan nama besar selaku model peragaan di Thailand dan turut dikenali di beberapa negara Asia lain.

“Tiada siapa dapat meramal  masa depan, tak mustahil saya kembali menjadi seorang sami Buddha selepas mencapai segala keinginan saya,” katanya. –Kedahnews.com