Emma Maembong Luah Keinginan Timang Anak Sendiri...

Emma Maembong
Pelakon wanita jelita, Emma Maembong mengakui dia memang amat teringin untuk menimang cahaya matanya sendiri sekiranya ditakdirkan berumah tangga pada suatu hari nanti.

“Semua wanita akan merasai  keinginan untuk mempunyai anak sendiri satu hari nanti,” kata Emma yang sangat sukakan bayi itu dan dipetik dari sebuah portal berita baru-baru ini.

Gadis berusia 23 tahun ini dilaporkan tidak kelihatan kekok ketika diminta mendukung dan menjaga Ariana, anak kepada Siti Nurashikin Ismail yang mesra dengan panggilan Baba.

Situasi tidak diduga itu dapat disaksikan menerusi episod keenam rancangan realiti digital terbaharu, The House yang disiarkan di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123)  baru-baru ini.


Dalam episod itu juga terpancar sifat keibuan Emma ketika bersama Ariana malahan dia berjaya menyelesaikan tugasan untuk menguruskan bayi berkenaan dengan begitu baik sekali.

Sementara itu, ketika ditanya adakah sifat keibuan yang ada padanya membuktikan dia sudah bersedia membina keluarga sendiri, Emma yang dilahirkan di Terengganu tidak menafikannya.

“Insya Allah, kalau sudah sampai jodoh, saya pasti akan berkahwin juga,” jawab jujur pemilik nama sebenar Fatimah Rohani binti Ismail ini secara ringkas.

Selain Emma, The House yang disiarkan secara eksklusif menerusi portal Astro Gempak pada setiap Rabu jam 4 petang turut menampilkan adik dan kakaknya sendiiri, Chacha dan Yaya.

The House boleh diikuti melalui www.thehouse.com.my selain siaran televisyen di saluran Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123) pada setiap Isnin pukul 9.30 malam. – Agensi