Epal Dicium Pramugari Laris Dijual, Dibeli Lelaki China


Sedang hangat menular menjadi satu trend terbaru di China, di mana kebanyakan rakyatnya sedang gila membeli buah epal yang dicium gadis pramugari cantik.

Walaupun dijual dengan harga agak mahal, perkara itu tidak menjadi penghalang buat kebanyakan pembeli terutamanya golongan lelaki.

Strategi pemasaran ‘take home the kisses of an air hostess’ ini ternyata mencapai sasarannya apabila kesemua epal laris terjual dalam masa singkat.

2

Sebiji epal yang telah dicium dan ‘dipuja’ oleh pramugari itu dijual pada harga RM6 hingga RM86 bergantung kepada jenis hamper yang dipilih pelanggan.

Kempen jualan ini diadakan untuk mengumpul dana bagi membuka sebuah universiti awam di sana bagi membantu lebih banyak pelajar kurang berkemampuan menyambung pengajian ke peringkat tertinggi. – Kedahnews.com

3
4