Eskalator Rosak, Lelaki Putus Ibu Jari Kaki Terima Hampir RM500,000


Sebuah pusat beli belah menerima padah apabila didenda £75,000 (RM493,277.43) selepas kaki seorang lelaki tersangkut di eskalator sehingga menyebabkan ibu jari kakinya putus.

Michael Reddington
Michael Reddington, 25, berada di West End Arcade, Nottingham sedang menjawab panggilan telefon bimbit sambil melangkah ke atas eskalator apabila kakinya tersangkut di bahagian yang rosak.

Sebaik eskalator tiba di bahagian atas, jari kakinya tersangkut di lantai platform menyebabkan darah merecik di merata tempat.

Eskalator rosak yang menyebabkan Michael hilang jari kaki.
Eskalator yang terus beroperasi untuk beberapa minit seterusnya menghancurkan ibu jari kaki dan mematahkan jari kaki kedua dan ketiga Reddington.

Hodgson Elkington, ejen pengurusan pusat beli belah itu didenda hari ini selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan mengabaikan ciri keselamatan di Nottingham Crown Court. –Kedahnews.com