FIFA Putuskan Gantung Step Blatter, Michel Platini Lapan Tahun

Michel Platini dan Step Blatter
Zurich - Mahkamah FIFA semalam menggantung Sepp Blatter dan Michel Platini selama lapan tahun selepas mendapati mereka bersalah menyalahgunakan kedudukan mengenai pembayaran AS$2 juta (RM8.6 juta) terhadap presiden Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) yang digantung itu.

Kedua-duanya digantung serta-merta daripada sebarang aktiviti bola sepak.

Blatter, presiden FIFA sejak 1998, didenda 50,000 Swiss francs (RM216,000) manakala Platini didenda 80,000 Swiss francs (RM345,000).

Satu kenyataan mahkamah itu menyebut kedua-duanya menyalahgunakan kuasa dimiliki mereka.

Dalam kes Platini, mahkamah itu menyebut beliau “gagal bertindak dengan kredibiliti dan integriti, membuktikan beliau tidak memahami kepentingan tugasnya.” - AFP