Final Piala Malaysia: Parti Amanah Negara Selangor Beri Amaran Pada Kedah?

Skuad Helang Merah yang bakal "meratah" The Red Giants di Shah Alam nanti...
KUALA LUMPUR – Pasukan bola sepak negeri Kedah dikatakan telah diberi "amaran" oleh Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor supaya bersedia untuk berdepan dengan pasukan The Red Giants yang memegang rekod 32 kali memenangi Piala Malaysia.

Terlalu gembira dengan kemaraan pasukan bola sepak Selangor yang turut melangkah kaki ke final Piala Malaysia 2016, Abbas Azmi dilihat sengaja bermegah dengan reputasi The Red Giants yang memegang rekod terbanyak menjuarai piala berprestij itu.

Abbas berkata, pihaknya sangat gembira dengan kejayaan Selangor tersebut dalam misinya memburu kejuaran Piala Malaysia buat kali ke-33.

“Alhamdulillah, Selangor berjaya melangkah ke final Piala Malaysia setelah mengalahkan pasukan Pahang pada malam tadi.

“Pemuda Amanah Selangor melahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini.


Misi memburu Piala Malaysia bagi kali yang ke-33 hampir menjadi kenyataan,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Selangor dan Kedah mara ke peringkat akhir Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan lawan masing-masing di gelanggang sendiri malam semalam. -Kedahnews.com