Mungkin boleh dkatakan bahawa hampir majoriti manusia tiada seorang pun yang mahu melihat rupa hantu, jin atau syaitan yang sebenar.
Sekiranya kita diberi peluang atau pernah ternampak dan terserempak dengan makhluk halus, mungkin ramai yang serik untuk melihatnya lagi.
Namun bagi seorang gadis ini, tidak pasti sama ada sesuai disebut beruntung atau bernasib malang.
Ini adalah kerana gadis yang bernama Amalina Ahmad ini dapat melihat wajah hantu yang sebenar dengan jelas kerana melalui pengakuannya, hijab matanya terbuka sejak dari kecil.
Jadi, makhluk-makhluk menyeramkan itu memang sudah menjadi ‘makanan harian’ baginya.
Berkongsikan pengalaman menyeramkan melalui akaun twitter @amalinahmd, gadis yang diberi jolokan Mel ini turut berkongsi gambar hantu yang sering dilihatnya.
Sungguh menyeramkan, antara hantu yang sering dilihat Mel adalah hantu budak kecil yang digelar ‘Ju-On’, hantu wanita bernama Cempaka dan banyak lagi.
Tambah Mel, dirinya juga pernah melihat ‘benda’ tersebut mengintai melalui pintu di asrama sekolahnya.
Kisah menyeramkan mengenai dirinya ini mendapat perhatian di media sosial.
Tambah Mel, dirinya kini sudah tidak takut dan terbiasa dengan situasi tersebut kerana hantu-hantu di dalam lakarannya itu sering menjadi peneman dirinya.
Sama ada betul atau tidak tentang kelebihan yang ada padanya, hanya Mel dan Allah SWT saja yang tahu. -Kedahnews.com