Mungkin sudah menjadi impian setiap wanita untuk dilamar oleh lelaki yang mereka cintai.
Ianya akan menjadi lebih bermakna sekiranya lamaran itu dilakukan secara mengejut dan pada waktu yang tidak disangka-sangka.
Namun berbeza dalam satu peristiwa yang berlaku di bandar Chengdu, wilayah Sichuan, China baru-baru ini.
Seorang lelaki telah nekad untuk melamar teman wanitanya untuk menjadi isteri di khalayak ramai.
Namun kejadian bertukar menjadi mimpi ngeri buat lelaki tersebut apabila lamarannya telah ditolak mentah-mentah.
Wanita itu pada mulanya kelihatan gembira dan teruja namun reaksi wajahnya berubah selepas melihat cincin dalam kotak kecil yang diberikan teman lelakinya itu.
Memetik laporan mStar, lamaran tersebut ditolak oleh wanita berkenaan kerana saiz berlian pada cincin tersebut adalah kecil, berbeza dengan saiz berlian yang diingininya.
Gambar menunjukkan saat wanita tersebut terus pergi meninggalkan teman lelakinya.
Wanita ini berlalu pergi selepas lihat saiz cincin berlian yang ditunjukkan teman lelakinya.
Kisah lamaran ini mendapat liputan meluas media dan ramai melabelkan wanita terbabit sebagai materialistik.
Selain itu, ramai mempersoalkan tindakannya yang sanggup mempertikaikan saiz berlian yang terlalu kecil.
Ramai beranggapan saiz berlian bukanlah menjadi pengukur, namun kesetiaan dan kasih sayang mengatasi segalanya.
Namun, kami mengharapkan agar kaum wanita di Malaysia tidak sesekali terpengaruh dengan perangai wanita ini. -Kedahnews.com
Ramai beranggapan saiz berlian bukanlah menjadi pengukur, namun kesetiaan dan kasih sayang mengatasi segalanya.
Namun, kami mengharapkan agar kaum wanita di Malaysia tidak sesekali terpengaruh dengan perangai wanita ini. -Kedahnews.com