Gaduh Dengan "Awek", Lelaki Tikam Diri Sendiri Dengan Pisau


SINGAPURA- Pergaduhan sepasang kekasih di tempat letak kereta bertingkat di Blok 671A Woodlands Drive di sini berakhir dengan tragis apabila kekasih wanita itu bertindak menikam dada dirinya sendiri dengan sebilah pisau.

Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 5 petang pada 3 Disember lalu.

Chew, yang merupakan saksi kejadian berkata: ‘Saya sedang memandu di tempat letak kereta apabila saya terlihat seorang lelaki terbaring kaku di tingkat 2, dengan sebilah pisau di dadanya’.

Menurut beliau, lelaki itu terbaring tepat di sebelah sebuah kereta kelabu yang  pintu pemandunya terbuka.

Chew kemudian memberitahu bahawa lelaki itu telah terlibat dalam satu pertengkaran dengan teman wanitanya yang berada di dalam kenderaan itu.

Apabila wanita itu tidak memberi perhatian, lelaki itu mengeluarkan pisau dan menikam dirinya di dada, kemudian rebah dengan serta merta.

Wanita itu segera cuba untuk melakukan CPR kepada teman lelakinya, dan dia juga cuba untuk menghentikan pendarahan.


Saksi lain yang turut berada di tempat kejadian terus memanggil polis.

Apabila pihak polis  tiba di tempat kejadian, lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri. Paramedik kemudian membawanya ke Hospital Khoo Teck Puat untuk rawatan kecemasan.

Berdasarkan laporan, terdapat sebilah pisau berdarah dijumpai atas tanah.

Pisau itu dipercayai menjadi alat yang digunakan oleh lelaki itu menikam dirinya sendiri.

Polis juga menyatakan, bilah pisau itu kira-kira 15 cm panjang. Seluruh bilah telah dicemari dengan darah.

Selain pisau, terdapat juga beg ditemui dengan kesan darah, serta pisau utiliti yang masih belum dibuka. Adalah dipercayai bahawa pisau utiliti itu baru dibeli bersama-sama dengan pisau yang digunakan untuk menikam dirinya sendiri. –Kedahnews.com