GAMBAR: Alahai Comelnya Nur Aurora, Puteri Farid Kamil - Diana Danielle


Bahagialah hidup pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil apabila kedua-dua selebriti ini sudah pun memiliki sepasang cahaya mata lelaki dan perempuan, Muhammad dan Nur Aurora bagi menghiasi kehidupan keluarga kecil mereka.

Semalam, aktres cantik itu sempat berkongsi gambar terbaharu kedua-dua buah hatinya itu menerusi laman Instagramnya.

Memang comel habis!

Bertemakan kisah dongeng klasik Barat, Snow White anak kedua Diana, Nur Aurora digayakan dengan cekak bunga besar bersama prop-prop lain yang cukup cantik bagi ‘menghidupkan’ tema penggambaran yang dipilih itu.

Comelnya memang gebu-gebaslah! -Kedahnews.com

3
4
5