Genap 6 Bulan, Putera William Kongsi Gambar Terbaru Charlotte Elizabeth Diana


Duke and Duchess of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton berkongsi gambar terbaru anakanda kedua mereka, Puteri Charlotte Elizabeth Diana, yang baru-baru ini genap berusia enam bulan.

Berkongsi gambar tersebut di laman sosial Twitter, jurucakap putera itu menulis, “Duke dan Duchess berharap semua orang teruja dengan gambar terbaharu Puteri Charlotte sama seperti mana mereka.”


Difahamkan dua keping gambar itu dirakam sendiri oleh Kate di Anmer Hall, Norfolk, Britain, pada awal bulan lepas.

Puteri Charlotte merupakan cahaya mata kedua pasangan diraja itu selepas Putera George Louis Alexander, 2. -Kedahnews.com