KUALA LUMPUR - Pasangan adik-beradik kenit membuktikan tidak mustahil untuk mengembalikan nostalgia lama di mana kuih-muih boleh diperolehi pada harga serendah 20 sen.
Iman Sufiah Muhammad Taufik, 10, dan Iman Ayeisha Muhamad Taufik, 8, menjual aneka juadah sarapan masakan tempatan berharga hanya 20 sen sebiji.
Iman Sufiah berkata perniagaan mereka bukan untuk mengaut keuntungan tetapi bertujuan membantu golongan kurang bernasib baik.
"Saya fikir ini adalah peluang terbaik untuk kami membantu mereka yang kurang bernasib baik. Semua wang yang diperolehi hasil penjualan ini akan didermakan kepada rumah anak yatim," kata Iman Sufiah.
Sejak memulakan perniagaan mereka dekat Pasar Besar, Taman Tun Dr Ismail di sini, berita sebuah gerai makanan yang menawarkan harga murah menjadi viral di laman media sosial dan mendapat komen positif dan sokongan daripada orang ramai.
Iman Sufiah berkata dia dan adiknya mendapat inspirasi untuk membuka gerai makanan tersebut apabila bapa mereka memberitahu bahawa aneka makanan pada zaman dahulu boleh didapati dengan harga hanya 20 sen jika dibandingkan pada hari ini.
Menurutnya, kini kanak-kanak perlu membelanjakan RM3.50 untuk membeli sebungkus nasi lemak di kantin sekolah.
Gerai tersebut menawarkan hidangan seperti mi goreng, sandwic telur, bubur ayam dan cekodok pisang.
Hidangan tersebut dimasak oleh ibu mereka, Nur Huda Samsudin yang kebiasaannya bangun seawal pukul 5 pagi setiap hari untuk menyediakan juadah berkenaan.
Wanita itu turut memerhati kedua-dua anaknya di gerai makanan tersebut.
Iman Sufiah berkata ini buat projek amal pertama mereka kerana mereka pernah terlibat dalam satu lagi projek jualan alat mainan, pakaian dan kasut.
Hasil yang diperolehi didermakan kepada mangsa perang di Palestin dan mangsa banjir di Kelantan dan Pahang.
Nur Huda berkata perniagaan anak-anaknya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai sejak dibuka pada 9 Disember lalu.
"Mereka belajar bagaimana untuk berurusan dengan pelanggan yang mempunyai personaliti berbeza," katanya.
Adik beradik itu terpaksa menutup gerai mereka dalam masa terdekat untuk membuat persiapan memasuki sesi persekolahan baharu pada tahun depan.
Walaupun perniagaan itu akan ditutup, dua beradik itu masih berharap untuk melakukan lebih banyak projek amal bagi membantu golongan kurang bernasib baik pada masa hadapan.

Sumber: mStar