Graduan Minta Gaji Tinggi Tak Masuk Akal Punca Ramai Menganggur

Gambar Hiasan
KADAR pengangguran tinggi di kalangan graduan adalah disebabkan kurang penguasaan bahasa Inggeris selain mengharapkan gaji tinggi yang tidak bersesuaian dengan pengalaman kerja.

Dalam satu kajian tinjauan yang dijalankan JobStreet.com, sebanyak 68 peratus majikan berpendapat permintaan gaji tinggi yang tidak masuk akal sementara 64 peratus lagi mengatakan lemah penguasaan bahasa Inggeris sebagai sebab kepada peningkatan kadar pengangguran di kalangan lepasan universiti.

Kajian itu juga mendapati graduan mengharapkan gaji mereka bermula dari RM3,500 manakala 30 peratus responden mengharapkan gaji pertama mereka dibayar sehingga mencecah RM6,500.

Mengikut pasaran kerja, gaji permulaan untuk kebanyakan graduan dalam mana-mana bidang pekerjaan adalah bermula dari RM2,100 hingga RM2,500.

Dari kajian itu juga majikan mendapati fresh graduates terlalu memilih pekerjaan dan tidak mempunyai skil komunikasi yang bagus.

Menurut Pengurusnya, Chook Yuh Yng, “Graduan seharusnya melakukan sedikit sebanyak research dalam laman web seperti JobStreet.com untuk memahami jangkaan, kriteria selain tahap gaji yang berpatutan dengan pekerjaan yang dimohon mereka”. –Kedahnews.com