So sweet..! Demi menjaga kandungan isteri yang kini memasuki usia empat bulan, pelakon Hairul Azreen sudah mula belajar memasak dan rajin ke dapur.
Perkara itu didedahkan oleh isterinya sendiri iaitu pengacara dan pelakon jelita, Hanis Zalikha.
“Hairul insan paling bahagia dan teruja bila tahu tentang berita ini, dia sudah menunjukkan ciri-ciri seorang bapa.
“Saya lihat dia sekarang belajar pelbagaikan menu dalam masakannya sebab mahu jaga pemakanan saya dan anak dalam kandungan.
“Dia juga sudah mula membayangkan sekolah mana anak ini bakal belajar dan mereka bermain badminton bersama-sama,” ujarnya yang dipetik dari mStar.
Tambah Hanis, setakat ini mereka sedang dalam proses menyediakan bilik permainan khas untuk kanak-kanak sebagai persiapan menimang cahaya mata.
Hanis dijangka melahirkan bayi sulung pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka sekitar Jun tahun depan.
Berita kehamilan Hanis diketahui sebaik sahaja Hairul membuat pengumuman ketika mengerjakan umrah di hadapan Jabal Rahmah menerusi laman Instagram pada 19 Disember lalu. -Kedahnews.com