Hanez Suraya |
Pelakon wanita, Hanez Suraya, 30, menangis sejurus selamat bersalin dan melihat wajah cahaya matanya yang pertama kira-kira pada jam 9.48 malam tadi.
Difahamkan bahawa bayi perempuan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan Hanez secara normal di sebuah hospital di ibu negara.
Hanez yang berkongsi kegembiraannya itu di laman Instagram memanjatkan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT di atas anugerah yang tidak ternilai buat dirinya dan suami, Romie Razin.
Selain itu, Hanez turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat atas doa yang tidak putus-putus buat dirinya dan anak.
"Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam," katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Mengulas mengenai nama puteri sulungnya itu, Hanez menjelaskan bahawa nama anaknya itu akan diberikan selepas tujuh hari kelahiran.
Hanez yang melangsungkan perkahwinannya dengan Romie pada Mac lalu merupakan pelakon yang popular dengan drama Sedetik Cinta, Autumn Di Hatiku, Love You Mr.Arrogant dan banyak lagi. -Kedahnews.com
Difahamkan bahawa bayi perempuan seberat 3.5 kilogram itu dilahirkan Hanez secara normal di sebuah hospital di ibu negara.
Hanez yang berkongsi kegembiraannya itu di laman Instagram memanjatkan syukur tidak terhingga kepada Allah SWT di atas anugerah yang tidak ternilai buat dirinya dan suami, Romie Razin.
Selain itu, Hanez turut mengucapkan terima kasih kepada seluruh ahli keluarga dan sahabat atas doa yang tidak putus-putus buat dirinya dan anak.
"Saya tak tahu lagi berapa lama akan berada hospital. Apabila keluar hospital, saya akan berpantang di rumah kami di Shah Alam," katanya yang dipetik dari Harian Metro.
Tilam kekabu bayi Hanez Suraya. Foto; Instagram Hanez Suraya |