Harakah Turut Kena Tempias Jualan Merosot Di Seluruh Negara

Gambar Hiasan
KUALA LUMPUR – PAS mengakui jualan akhbar rasmi parti itu, Harakah turut mengalami kemorosotan jualan disebabkan situasi semasa dunia media cetak.

Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, bukan sahaja Harakah, malah akhbar dan media cetak di seluruh dunia turut mengalami penurunan jualan.

“Hari ini, seluruh akhbar dan media cetak mengalami penurunan jualan. Akhbar Harakah turut merasainya,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Nik Mohamad Abduh bagaimanapun masih lagi percaya, akhbar Harakah akan tetap dibeli oleh sebahagian besar ahli PAS di seluruh negara.

Justeru katanya, beliau yang dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Harakah baharu berjanji akan mengatasi isu jualan kecil tersebut.

“Saya berjanji akan memajukan Harakah. Mungkinkah akhbar ini akan diterbitkan lebih daripada dua kali seminggu dan menyaingi akhbar-akhbar lain,” katanya. –Kedahnews.com