Sebuah hospital swasta di Ipoh didakwa di mahkamah atas tuduhan memindahkan darah yang mengandungi virus HIV kepada seorang pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital tersebut.
Mangsa yang dikenali sebagai Teck Chai dikatakan telah terlibat dalam satu kemalangan pada 21 Mei 2005 lalu dimasukkan ke Hospital Seri Manjung kerana patah kaki kanan akibat kemalangan itu.
Ketika menerima rawatan di sana, dia mendakwa telah menerima 16 pek darah untuk merawat kecederaan sebelum ibu bapanya meminta agar dia dipindahkan ke Hospital Fatimah pada hari sama (21 Mei 2005) dengan melakukannya sendiri.
Setelah Teck Chai dipindahkan ke Hospital Fatimah, dia menjalani ujian darah dan laporan menunjukkan bahawa darahnya HIV negatif.
Pada hari berikutnya dia menerima dua pek darah dari Hospital Fatimah. Kemudian pada 25 Mei 2005, dia menjalani pembedahan di kaki kanannya yang cedera dan diberikan lagi pek darah.
Teck Chai dibenarkan keluar dari hospital pada 1 Jun 2005.
Pada 2 Disember 2005, dia kembali dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pada lutut kanannya.
Berdasarkan laporan ujian darah oleh Gribbles Pathology (Malaysia) Sdn Bhd pada 30 November 2005, ujian darahnya disahkan HIV positif.
Hasil siasatan dijalankan Jabatan Kesihatan Negeri Perak selepas menerima aduan daripada ibu mangsa pada 2006, menunjukkan bahawa Teck Chai telah dijangkiti virus HIV akibat pemindahan darah semasa rawatan yang diterimanya pada 23 Mei 2005.
Bagaimanapun, pihak Hospital Fatimah menjelaskan bahawa mereka tiada kaitan dengan kes tersebut kerana selaku pihak hospital mereka hanya merawat pesakit dan menerima pek darah dari salah satu pusat kesihatan di luar bandaraya Ipoh.

Pek darah tersebut, didakwa bukan dari bank darah Hospital Fatimah.
Keputusan kes ini bakal diputuskan mahkamah 29 Disember 2015. –Kedahnews.com