Ibu Sembelih Dua Anak Direman Polis Selaman Tujuh Hari

Anggota polis mengangkat mayat dua beradik yang dipercayai dibunuh ibu mereka dalam kejadian bunuh diTaman Wira Indah disini semalam.STR/Omar Osman
SUNGAI PETANI - Seorang wanita berusia 34 tahun yang mengelar sehingga mati dua anak lelakinya semalam, direman tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Izham Ali, di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini, pada jam 11 pagi tadi berikutan suspek masih menerima rawatan kerana turut mengalami kecederaan.

Memetik laporan dari Berita Harian, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa telah mengesahkan penahanan wanita berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang semalam, suspek dikatakan mengelar dua anak lelaki yang berusia tiga dan lima tahun di kediaman mereka di Taman Wira Indah, di sini. -Kedahnews.com