Insiden "Anjing Dalam Troli" Berulang, Kali Ini Di Tesco Extra Taman Medan?


Nampak gayanya, pihak pengurusan Tesco seperti tidak ambil pengajaran dengan isu sebelum ini yang menimbulkan kemarahan orang ramai berikutan insiden "anjing dalam troli" di cawangan Plentong, Johor beberapa bulan lalu.

Terbaru satu lagi kejadian yang sama dilaporkan berlaku di salah satu cawangan pasar raya berkenaan di Ipoh, Perak, sekali gus mencetuskan suasana kurang senang umat Islam tempatan yang sebelum ini telah banyak bertolak ansur.

Menerusi beberapa keping gambar yang tersebar di laman sosial, seorang wanita yang dipercayai bukan Islam dirakam selamba membawa seekor anjing peliharaannya malah ‘diangkut’ di dalam troli di pasar raya Tesco Extra di Taman Medan baru-baru ini.


Tidak dinyatakan bilakah tarikh dan apa-apa maklumat lanjut berkenaan gambar tersebut, namun menurut pengirim, kejadian dikatakan baharu sahaja berlaku pada awal minggu ini.

Perkara ini secara tidak langsungnya membuatkan orang ramai mempersoalkan ‘janji’ yang diumumkan Tesco berhubung permohonan maaf mereka sebelum ini yang mengatakan tiada perkara serupa berulang lagi.

Nampaknya ia hanyalah janji-janji manis sahaja demi memastikan pelanggan beragama Islam tidak melancarkan boikot ke atas pasar raya tersebut.


Apakah pihak Tesco mahu rakyat Malaysia khususnya umat Islam melancarkan pemulauan terhadap pasar raya terbabit maka baharulah mereka terhegeh-hegeh mahu bertindak tegas?

Serta kepada mereka yang bukan beragama Islam dan cuba "pura-pura tidak faham" dengan sensitiviti umat Islam, diharap berfikir banyak kali sebelum melakukan provokasi sebegini agar ketenteraman negara dapat dijaga. – Kedahnews.com