Insiden Terbaru Bawa Anjing Dalam Troli Berlaku Di Aeon Big Alor Setar

Kes yang mungkin boleh disifatkan sebagai "tak faham bahasa" dan tidak ambil peduli dengan peraturan larangan bawa haiwan peliharaan ke pasar raya nampaknya semakin menjadi-jadi di penghujung tahun 2015 ini.

Tiada langsung berniat perkauman atau anti kepada mana-mana pihak, tetapi sejak akhir-akhir ini begitu banyak kejadian seperti ini dilaporkan dan pelakunya pula sering didominasi oleh kaum Cina.

Terbaru, menerusi sebuah gambar yang dimuatnaik laman Facebook Aduan Rakyat Kedah, seorang wanita yang turut dipercayai berbangsa Cina telah dikesan membawa anjing peliharaannya di Aeon Big Alor Setar.

“Kami menerima aduan dari salah seorang rakyat Prihatin mengenai pengunjung di AEON Big yang membawa haiwan perliharaan iaitu seekor Anjing ke AEON Big Alor Setar dengan menggunakan Troli AEON Big.

"Kami memohon pihak berkenaan bertindak untuk melakukan SERTU ke atas troli yang berkaitan agar umat Islam dapat menggunakannya tanpa was-was.

"Kami berharap agar tuan puan tidak membawa sebarang haiwan perliharaan terutamanya anjing ke mana-mana shopping complex bagi mengelakkan sensitiviti agama.”

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah pun mengeluarkan satu garis panduan bagi menegaskan tentang larangan membawa binatang peliharaan ke pusat beli belah di negara ini.

Peraturan tersebut yang dikeluarkan bukan sahaja dikenakan terhadap anjing, malah apa-apa jenis haiwan-haiwan peliharaan lain seperti kucing yang turut tidak dibenarkan dibawa ke pusat beli belah.


Persoalannya, kenapa degil dan enggan patu pada larangan yang ditetapkan itu? Lebih utama, apakah mereka-mereka ini tidak sensitif dan tidak hormat pada agama Islam dan umatnya yang merupakan majoriti bumiputera di negara ini? Boleh jawab? -Kedahnews.com