Adakah kita seorang yang sanggup memohon maaf dan mudah memaafkan? Jom audit diri kita untuk dua perkara ini, memohon maaf dan memaafkan.
Sebagai manusia biasa yang tidak mempunyai kelebihan kurniaan Allah SWT, seperti Nabi Besar Muhammad SAW, kita tidak terlepas daripada membuat kesilapan dalam hidup.
Sama ada disengajakan mahupun tidak disengajakan; sikap, kata-kata dan perbuatan kita banyak membuatkan orang di sekeliling kita tersinggung atau berkecil hati.
Malah, semakin rapat kita dengan seseorang itu, semakin banyak secara tidak kita sedari telah kecilkan hati mereka. Contohnya dalam hubungan suami isteri, kata peribahasa Melayu, “alangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri”, sedikit banyak mesti ada, kita sebagai punca menimbulkan suasana negatif kepada pasangan kita. Sebab itu untuk menjaga keharmonian rumah tangga, sentiasa amalkan dua perkara.
Pertama, solat berjemaah, kerana selesai solat isteri akan bersalam dengan suami yang menjadi imam. Maka perselisihan faham tidak akan berpanjangan sebaik-baik sahaja selesai kita bersalam memohon kemaafan.
Kedua, sebelum tidur suami isteri mohon dan berikan kemaafan antara satu sama lain, serta dalam waktu yang sama memaafkan semua kesalahan orang terhadap kita.
Insya-Allah kita akan mendapat ketenangan dengan mengamalkan sikap suka memaafkan, walaupun terhadap orang yang melukakan hati kita atau menyakitkan fizikal kita.
Amalkan tiga perkara yang dituntut dalam Islam. Pertama, hubungilah orang yang telah memutuskan hubungan dengan kita. Kedua, berilah kepada orang yang tidak memberi kepada kita. Ketiga, maafkanlah orang yang pernah menyakiti hati kita.
Tahap kesedaran
Setiap saat fikir bagaimana memperbaiki diri dan melihat kebaikan dalam setiap orang yang kita jumpa, terutama ketika berziarah. Elakkan berprasangka buruk tetapi sentiasa berbaik sangka, walaupun kita sedang berhadapan dengan situasi buruk dengan mereka.
Memohon maaf dan memaafkan kedua-duanya bukan satu perkara yang mudah dilakukan kalau kita tidak "celik mata hati".
Untuk memohon maaf kepada orang yang telah kita lakukan kesilapan, adalah sesuatu yang kita anggap akan merendahkan harga diri kita, jika tahap "kesedaran keegoan" kita amat tinggi berbanding tahap "kesedaran ketuhanan".
Semoga kita sentiasa menjaga hati kita, agar merendahkan tahap "kesedaran keegoan" kita. Iaitu tidak berasa kita lebih baik daripada sesiapa pun di dunia ini dan kita tidak menghina sesiapa pun, sebaliknya dikurniakan Allah kemuliaan hati untuk mengakui kesilapan dan memohon kemaafan serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapan yang sama.
Ingatlah bahawa, kesilapan yang paling besar adalah mengulangi kesilapan yang sama setelah kita sedar akan kesilapan kita.
Jika kita berasakan hidup dalam emosi yang tidak seimbang, iaitu kita berasa bahagia dan tenang ketika berada di rumah, tetapi di luar rumah kita berasa tidak tenteram kerana orang tidak suka akan kita, atau di sebaliknya, di luar semua orang suka akan kita, di rumah pula ahli keluarga kita tidak selesa dan tidak mesra dengan kita, maka auditlah diri kita.
Di manakah silapnya hingga diizinkan Allah SWT berlaku "emosi kacau"?
Ingatlah jika kita berasa tidak bahagia dan tenang, bermakna kita banyak dosa, sama ada berdosa dengan Allah atau berdosa dengan sesama manusia. Jom kita audit perasaan kita dan menjadikan diri kita sebagai pemerhati diri kita dengan melihat mengapa kita rasa apa yang kita rasa?
Fikirkan mengapa kita suka melakukan perkara yang membuatkan orang marah, merajuk, terhentak hati mereka hingga orang benci dan berdendam kepada kita. Orang yang "celik mata hati" tidak akan malu memohon maaf dan berasa lega dan tenang apabila permohonan maafnya disambut dengan baik.
Kalau kita percaya hidup di dunia ini hanya sementara dan kita semua akan mati, kita tidak akan memanjangkan permusuhan, jika kita sedar kita yang bersalah hapuskan keegoan kita untuk segera memohon maaf dengan seikhlas hati.
Semoga tidak ada sifat kepura-puraan dalam hidup kita dan setiap perbuatan kita hanya untuk mendapatkan reda Allah, dan menghapuskan rasa malu untuk mengakui kesilapan kita melalui permohonan maaf.
Sebagaimana susahnya seseorang itu untuk memohon maaf, demikian juga sukarnya kita untuk memaafkan orang, jika hati kita sudah terlalu terluka. Setiap kali hati kita keras membentak untuk tidak memaafkan orang, ingatlah bahawa kita ini hanya hamba Allah yang serba lemah.
Sedangkan Allah Yang Berkuasa atas seisi alam ini, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf, siapalah kita untuk berkeras hati tidak memaafkan orang.
Selagi kita menyimpan kebencian dan memendam dendam, kita tidak akan tenang dan akan menjadi toksik/racun yang merosakkan fizikal dan jiwa kita.
Biarlah Allah SWT yang mengadili dan menghukum kita, bukan dengan tidak memberikan kemaafan atau memaafkan tetapi tidak dapat melupakan.
Memaafkan umpama kita delete fail lama cerita kehidupan kita, yang kita tidak mahu pandang dan kenang lagi. “Jom jaga diri, jaga akidah, ibadah dan akhlak”.
Sumber: Utusan