SERANGAN demi serangan yang dilakukan oleh pihak tertentu terhadap institusi Islam di Malaysia jelas menggambarkan agenda mereka untuk memecahbelahkan perpaduan umat Islam.
Berpaksikan ideologi liberalisme dan pluralisme serta kebebasan tanpa batas berkiblatkan acuan barat, disokong pula oleh segelintir orang Islam sendiri, maka mahu tidak mahu umat Islam Malaysia perlu segera bangkit mengukuhkan ukhuwah persaudaraan sesama Islam.
Amat malang, segelintir umat Islam yang menyerang institusi Islam ini cuba berhujah dengan mencipta istilah dosa peribadi buat umat Islam yang melakukan khalwat.
Mereka ini terlalu terpesona dengan agenda liberalisme dan pluralisme sedangkan di negara bukan Islam seperti India pun ahli Parlimennya menolak sama sekali idea kebebasan dosa peribadi melibatkan seks sesama jenis. Itu di negara bukan Islam, inikan pula di negara Islam seperti Malaysia.
Adakah mereka ini sudah ketandusan idea untuk memperjuangkan hak asasi manusia sehingga tergamak menjuarai agenda yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam? Atau mereka ini suka kelihatan lebih liberal berbanding barat bagi mendapatkan sokongan pihak-pihak tertentu yang sememangnya menginginkan umat Islam Malaysia berpecah-belah.
Idea jumud mereka ini hanya disambut oleh segelintir pihak yang beria-ria mahu menghuru-harakan umat Islam Malaysia. Mereka ini tidak wajar diberikan perhatian oleh sesiapa terutamanya pihak berkuasa dan pemimpin negara.
Lebih baik majoriti umat Islam yang sayangkan agama Islam memberi keutamaan terhadap soal perpaduan yang semakin lama semakin diancam oleh anasir dalam dan asing.
Jalan awal yang perlu diambil ialah dengan menyatukan para pemimpin Islam berlainan ideologi politik sebagaimana diusahakan oleh para ulama membabitkan UMNO dan Pas. Rasullullah SAW sendiri amat menitikberatkan perpaduan sesama Islam.
Penyatuan UMNO-Pas bukan setakat pemimpin parti tetapi juga seluruh pemimpin Islam Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan umat Islam berbanding individu.
Buanglah yang keruh, ambillah yang jernih, itu pesanan nenek moyang kita agar sentiasa berlapang dada dalam hidup bermasyarakat. Lebih-lebih lagi masyarakat Melayu yang beragama Islam. Kita semua sentiasa dituntut bersatu-padu dan menerima pandangan orang lain selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Apabila perpaduan sesama pemimpin Islam dapat diperkukuhkan, maka agenda lain melibatkan kemaslahatan ummah dapat diberikan tumpuan yang lebih mendalam.
Misalnya, kerjasama di antara kerajaan Kelantan dan Kerajaan Terengganu dalam bidang ekonomi, pendidikan dan pelancongan mendatangkan kebaikan bukan sahaja untuk umat Islam di kedua-dua negeri bahkan limpahan kebaikan itu bakal dinikmati oleh orang bukan Islam.
Dalam konteks masa kini, perpaduan utuh umat Islam memberi ruang kepada para pemimpin Islam memberi penekanan ke atas isu ekonomi ummah. Bukannya membazirkan masa membicarakan isu-isu yang langsung tidak penting buat umat Islam.
Isu-isu seperti dosa peribadi dan menyerang institusi Islam tidak langsung membantu membela nasib umat Islam. Malah, isu-isu sebegini hanya membangkitkan kemarahan majoriti senyap umat Islam Malaysia. Akhirnya, isu pokok rakyat terutamanya menangani kos sara hidup yang tinggi tidak dapat diselesaikan secara holistik.
Usah sesekali hilang fokus kerana asyik melayan perkara-perkara sebegini. Apa yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan ialah mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa yang sengaja menimbulkan permasalahan ke atas agama Islam.
Jika fokus dapat diberikan kepada isu ekonomi ummah maka lebih banyak idea dapat direalisasikan seperti mewujudkan Mara Digital yang boleh membantu umat Islam memperkasakan ekonomi dan perniagaan mereka.
Dalam keadaan ekonomi dunia yang semakin mencabar, mahu tidak mahu isu ekonomi ummah adalah isu yang kekal penting pada masa depan.
Tindakan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) menaikkan kadar faedah sedikit sebanyak boleh memberi tekanan terhadap ekonomi dunia termasuklah negara kita. Ditambah pula dengan jangkaan harga minyak global yang kekal rendah memungkinkan kerajaan menyemak semula Bajet 2016.
Segala cabaran ekonomi pada tahun-tahun mendatang sukar diharungi dengan baik jika para pemimpin Islam bertelagah sesama sendiri sehinggakan tiada ruang untuk mereka membincangkan secara mendalam isu-isu ekonomi semasa yang menghimpit masyarakat Malaysia umumnya dan umat Islam secara khususnya.
Itu belum diambil kira isu ekonomi umat Islam Malaysia yang jauh ketinggalan berbanding bukan Islam. Mana mungkin umat Islam Malaysia dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan orang bukan Islam sekiranya saban hari perseteruan politik dijadikan halangan besar yang membelenggu mereka.
Justeru, mahu tidak mahu, segala usaha murni untuk menyatukan para pemimpin dan umat Islam Malaysia wajib disokong sepenuhnya demi kebaikan bersama dalam mengharungi setiap cabaran yang mendatang.
*DR. ROHAMI SHAFIE ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia./Utusan