Susulan dari pendedahan isterinya, Lizda, yang mendakwa dirinya difitnah Ezany dengan pelbagai tohmahan semalam, hari ini pelakon lelaki itu tampil menafikan dakwaan tersebut dan meluahkan rasa atas tindakan isterinya itu.
Malah kata Ezany, ekoran tindakan isterinya itu, dia sendiri merasa malu dengan seorang wanita bergelar "Datin Paduka" yang sedang intim menjalin hubungan dengannya.
“Jujurnya saya malu dengan dia (Datin Paduka K) kerana dia juga terkena tempias gara-gara masalah saya dan Lizda. Sedangkan kami baru kenal rapat,” kata Ezany yang dipetik dari mStar.
Menurut Ezany atau nama sebenarnya Mohd Zani @Zohri Mohd Nizariff, 41, isterinya berbuat demikian gara-gara kecewa selepas teman lelaki meninggalkan dirinya.
“Setelah lama dia menghilang, tidak hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan cerai nusyuz, hak penjagaan kekal anak dan hak penjagaan anak sementara, tiba-tiba dia muncul dengan kenyataan media yang kurang bijak.
“Saya tahu dia kecewa apabila lelaki harapan yang kononnya mahu bernikah meninggalkan dia dan berkahwin dengan orang lain membuatkan dia berani keluarkan kenyataan kepada media memburukkan saya pula,” katanya lagi.
Jelas usahawan belacan itu, kenyataan yang dikeluarkan Lizda adalah tidak benar dan dia percaya isterinya mempunyai tujuan tertentu.
“Apabila menuduh saya tidak beri nafkah dan majlis kahwin ditanggung oleh dia sepenuhnya, saya tak nampak di mana logiknya itu kerana ketika kami berkahwin, dia tiada duit.
“Kalau saya tak beri nafkah, macam mana dia boleh hidup senang? Takkan setiap kali nak bagi nafkah, saya perlu membuat penyata gaji?
“Bagi saya, senang sahaja, buktikan apa yang dia katakan itu betul kerana saya juga ada bukti mengenai kecurangannya itu,” ujarnya.
Kes cerai dan nusyuz pasangan ini telah difailkan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor sekitar Ogos 2014, namun masih belum selesai.
Ezany dan Lizda berkahwin pada 1 Julai 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak iaitu Hayden Harraz yang berusia 2 tahun dan Rayyan Harraz (4 tahun). –Kedahnews.com