Sekalung tahniah diucapkan kepada pelakon dan pengacara jelita, Hanis Zalikha yang kini sah hamil anak pertama.
Berita gembira itu didedahkan sendiri oleh suaminya, Hairul Azreen di depan Jabal Rahmah, Makkah iaitu tempat Nabi Adam A.S. bertemu dengan pasangannya Hawa, menerusi laman Instagram miliknya.
Menurut juara program Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama ini, usia kandungan isterinya kini sudah memasuki empat bulan.
“2 tahun lalu, di sini saya doa untuk dijodohkan dengan Hanis Zalikha.
“Kali ini saya kembali, bersama nikmat yang Allah makbulkan, bersama2 isteri saya :) Dan alhamdulillah di tempat pertemuan Adam & Hawa ini.
“Saya nak kongsi kegembiraan dengan anda semua, isteri saya sedang mengandung 4 bulan,” tulisnya semalam.
Menerusi gambar itu, Hairul dilihat sedang memeluk erat Hanis sambil mengusap ‘baby bump‘-nya.
Rata-rata peminat melahirkan rasa syukur dengan berita ini dan tidak putus mengucapkan tahniah melalui ruangan komen Instagram.
Mengambil barakah dari Baitul Ateeq, kami doakan semoga Hanis dan kandungannya berada dalam keadaan sihat walafiat. – Kedahnews.com