Isu "Jahit Luka Jahit Guni": Bukti Netizen "Serbu Tak Pakai Helmet"?

Pakai "helmet" dulu sebelum serbu...
Baru-baru ini viral satu isu mengenai seorang pengguna laman sosial melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap seorang doktor yang dikatakan ‘salah’ memberi ubat.

Dalam status tersebut pengguna Facebook itu mendakwa dirinya memintak ubat tahan sakit belakang namun sebaliknya doktor tersebut memberi ubat demam.

Selepas ‘disoal siasat’ barulah pengguna Facebook dapat tahu yang sebenarnya ubat Paracetamol itu bukanlah  dikhaskan untuk ubat demam sahaja tapi boleh juga digunakan sebagai ubat tahan sakit. Hendak malukan orang lain akhir sekali memalukan diri sendiri.

Kali ini viral lagi satu kes mengenai seorang hamba Allah yang acah-acah tahu pasal dunia kedoktoran. Marah sungguh status yang dimuat naik oleh pengguna laman sosial wanita ini, katanya doktor yang jahit luka di kakinya macam dengan jahit sarung guni.

Terus wanita itu menuduh yang doktor merawatnya itu tidak bertanggungjawab, buat kerja sambil lewa. Siap cakap nanti dekat akhirat merangkak la doktor itu mintak maaf dekatnya.

Nak tanya sikit wanita ini doktor ke?? Pandai sangat ke jahit luka terbuka ni?? Cantik sangat ke wanita ni jahit?? Sudah berapa lama ambil upah menjahit?



Selepas viral isu tersebut ramai netizen acah-acah doktor sokong pendapat wanita ini dan terus kutuk doktor tersebut walaupun mereka sebenarnya tidak mempunyai ilmu langsung dalam bidang perubatan.

Mungkin panas telinga dengan kutukan netizen, seorang doktor bernama Aznil Hisham tampil menjernihkan keadaan.

Menurut beliau, jahitan yang dikutuk hebat oleh wanita tersebut sebenarnya adalah jahitan yang paling baik di mata seorang doktor.

Jahitan tersebut dinamakan "Interrupted mattress suture" dan paling sesuai untuk luka besar macam itu sebab berupaya untuk mencantumkan kembali isi dengan baik.

"Kalau nak cantik, hantar lah ke butik, bukan hantar ke hospital, di Hospital, kita tidak utamakan jahitan ropol-ropol."

"Kita utamakan kesan komplikasi infeksi pada luka atau lain-lain komplikasi. Kita mahu luka itu sembuh dan bercantum dengan baik. Itu yg kami mahu,"

"Kami pun bayar cukai dan mungkin lagi banyak dari kakak, jadilah org bersyukur," bidas doktor itu, pedas berbahang telinga.



Apakah benar atau tidak pemikiran orang Malaysia seperti ini sebenarnya kolot?

Tidak terbuka atau lebih tepat ‘narrow minded’? Jika kita bandingkan dengan negara orang luar, mereka lebih gemar untuk buat rujukan, membaca dan cari ilmu-ilmu berguna untuk tambah pengetahuan.

Jika mereka ingin tahu mengenai sesuai, mesti mereka akan membuat kajian barulah mereka akan menilai mana yang betul dan mana yang salah.

Tapi berlainan dengan orang Malaysia, rata-rata mereka malas untuk membaca. Tanpa ilmu di dada mereka terus buat kritik yang akhir sekali memakan diri sendiri.-TiraGomez/KedahNews.com