Isu Mansuh Hukuman Khalwat: Marina Mahathir Tetap Pertahan G25

Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir
Datin Paduka Marina Tun Dr Mahathir mendakwa mereka yang mengkritik dan mengecam keras kumpulan G25 berhubung isu gesaan kumpulan itu memansuhkan hukuman khalwat sebagai tidak wajar.

Katanya, kenyataan G25 telah diputarbelit sehingga menyebabkan jurucakap kumpulan profesional itu, Datuk Noor Farida Ariffin telah diancam dengan ugutan berbaur seksual.

"Malah mereka (pengkritik) perlu memberi fokus kepada isu-isu yang lebih penting yang dibangkitkan oleh G25 mengenai Perlembagaan dan rasuah," kata puteri kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

Kumpulan terkenal Melayu telah dikritik oleh pemimpin-pemimpin politik dan agama kerana menentang undang-undang Syariah yang didakwa menceroboh ke dalam domain peribadi seseorang, dengan memetik undang-undang khalwat.

Marina berkata pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas terhadap orang-orang yang mengancam untuk melakukan serangan seksual terhadap Noor Farida berhubung komennya Ahad lepas.

"Ini merupakan trend yang buruk kerana setiap kali seorang wanita mengatakan sesuatu mengenai isu-isu itu, mereka mahu buat ugutan.

"Saya tidak faham ... adakah mereka tidak malu untuk mengatakan perkara-perkara seperti merogol orang?" tanya Marina.

Marina merupakan salah seorang tulang belakang pertubuhan NGO kontroversi, Sister In Islam, selain dilihat rapat dengan bekas pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreevenesan serta beberapa aktivis berhaluan liberal lain. -Kedahnews.com