Izreen Azminda, Sherry Ibrahim Terlibat Kemalangan Di Perak


Menerusi satu perkongsian di akaun laman sosial Instagram, Izreen Azminda mengesahkan dirinya dan Sherry Ibrahim telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Perak, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, Izreen memberitahu mereka berdua selamat.

“Alhamdulillah, kami semua okay,” tulisnya.


Kenderaan yang dinaiki oleh Izreen itu difahamkan telah terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan dan kemudiannya tersasar ke tepi jalan, hampir terbalik.

Dalam pada itu, Sherry Ibrahim dilihat turut memuat naik gambar kenderaan yang dinaiki mereka di Instagramnya.

Rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua pelakon berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan serius. –Kedahnews.com