KUALA LUMPUR – Johor Darul Ta’zim (JDT) tidak akan mengambil pemain ternama dunia menyertai pasukan itu pada musim depan.
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Mohd. Fahmy Yahya berkata, semua desas-desus mengenai perkara itu tidak benar.
“JDT untuk tahun ini tidak ada menandatangani mana-mana pemain yang mempunyai nama besar dalam bola sepak antarabangsa sebagaimana yang telah digembar-gemburkan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Justeru, Mohd. Fahmy menyeru semua laman Facebook tidak rasmi JDT tidak menyebarkan sebarang khabar angin yang belum ada kepastian mengenai perkara itu.
Menurut beliau, perbuatan tersebut memainkan perasaan penyokong dan menyusahkan banyak pihak.
“Segala perkembangan mengenai pemain dan pasukan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa dan di laman page rasmi Johor Southern Tigers,” katanya. – Kedahnews.com