Jemput 2 Pelakon Lucah Masuk Kokpit Pesawat, 2 Pilot Terima "Habuan"


Lesen penerbangan seorang juruterbang Kuwait Airways ditarik balik selepas dia dilapor terlibat dalam salah laku tugas, menjemput dua pelakon lucah dalam kokpit ketika sedang bertugas, baru-baru ini.

Selain juruterbang berkenaan, pembantu juruterbang (co-pilot) turut sama dikenakan tindakan apabila dia diturunkan pangkat berhubung kejadian yang menyalahi peraturan dalam bidang penerbangan.

Difahamkan bahawa anak kapal yang lain tidak dikenakan sebarang tindakan kerana mereka langsung tidak menyedari bagaimana pelakon lucah itu boleh memasuki kawasan larangan tersebut.

Menerusi laporan akhbar Al-Jaraida, kedua-dua juruterbang itu tidak berada di bawah pengaruh alkohol ketika menjemput Chloe Mafia dan rakannya untuk bersama-sama duduk dalam kokpit pesawat tersebut.


Sebelum ini akhir Jun lalu, dua juruterbang syarikat penerbangan Argentina, Austral Lineas Aereas dipecat setelah didapati menerima masuk aktres model tempatan, Vicky Xipolitakis ke dalam kokpit malah berselfie lagi.

Peraturan larangan membawa orang luar masuk ke dalam kokpit termasuk anak kapal mula diperketakan sejak serangan pengganas di World Trade Center, New York pada 11 September 2001. –Kedahnews.com