Juarai Miss Universe 2015, Tapi Teruk Dipulau Peserta Miss Universe Lain

Ratu Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach
Pemenang Miss Universe 2015, Ratu Filipina, Pia Alonzo Wurtzbach dilaporkan teruk dipulau oleh semua peserta pertandingan ratu cantik dunia sebaik saja acara itu berakhir pada Ahad lalu.

Dalam pertandingan akhir tersebut, hos acara berkenaan, Steve Harvey telah membuat kesilapan ketika pengumuman pemenang apabila menobatkan Ratu Colombia sebelum menyedari dan membetulkan kesilapannya 2 minit kemudian.

Susulan itu kesilapan pengumuman pemenang Miss Universe tahun ini telah menjadi viral di seluruh dunia.


Menerusi video berdurasi lebih dari satu minit, kesemua peserta pertandingan berkenaan dapat dilihat turut simpati dan berusaha menenangkan Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez yang ‘dimalukan’ ketika majlis yang disiarkan secara langsung itu tanpa memberi tumpuan kepada pemenang sebenarnya iaitu Ratu Filipina.

Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez ketika "dilucutkan" dari mahkota Miss Universe 2015
Sementara itu, Ratu Jerman, Sarah-Lorraine Riek mendedahkan tiada siapa dalam kalangan peserta tahun ini memilih Pia Alonzo untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Ini kerana, penjurian Ratu Cantik Dunia turut melibatkan kesemua peserta yang mengundi rakan mana yang mereka rasa layak untuk memenangi gelaran tersebut selain markah daripada juri profesional dan undian peminat secara atas talian.

Ratu Jerman, Sarah-Lorraine Riek
“Saya tak gembira dengan keputusan (Ratu Filipina menang Ratu Cantik Dunia), sama juga dengan semua peserta yang lain.

“Tiada siapa antara kami yang undi untuk Ratu Filipina,” katanya sebaik majlis itu berakhir. – Kedahnews.com