Jumlah Mangsa Banjir Di Bandar Baharu Masih Belum Berubah


ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan Bandar Baharu kekal 130 orang setakat 9 pagi ini.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Bandar Baharu Noor Azizah Abdul Razak berkata ia melibatkan 24 keluarga dengan 89 mangsa ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baharu.

Beliau berkata 41 mangsa daripada 16 keluarga pula berada di pusat pemindahan SK Sungai Kecil Ulu.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung (Kg) Asam Kumbang, Kg Bagan Samak, Kg Berjaya, Kg Besar dan Kg Raja. – BERNAMA