PENDATANG membuat bantahan di depan polis Macedonia di sempadan dengan Greece. |
Idomeni, Greece - Pendatang di sempadan Greece dan Macedonia menyerang polis dengan batu kelmarin, kerana berang pihak berkuasa Macedonia mendirikan pagar di sepanjang sempadan selain satu insiden yang mengakibatkan seorang pemuda Maghribi cedera.
Menurut Kementerian Dalam Negeri Macedonia, 18 pegawai Macedonia cedera dalam pertempuran singkat tetapi sengit itu. Kebanyakan mereka cedera ringan, tetapi dua dimasukkan ke hospital di bandar berhampiran, Gevgelija.
Tiada jumlah rasmi mengenai pendatang yang cedera walapun polis Macedonia menyasarkan mereka dengan bom asap dan peluru plastik.
Pasukan doktor Palang Merah dan pertubuhan bukan kerajaan bagaimanapun berkata, mereka merawat 20 orang bagi kecederaan di kepala dan masalah pernafasan.
Selain itu, kejadian renjatan elektrik di atas sebuah gerabak kereta api yang menyebabkan lelaki Maghribi berusia 24 tahun mengalami lecuran teruk turut mencetuskan rasa tidak senang pergolakan dalam kalangan pendatang.
Pemuda Maghribi itu berada dalam keadaan kritikal dengan lecuran teruk di hampir seluruh badannya. Dia dipindahkan ke hospital di bandar Thessaloniki, 80 kilometer dari selatan sempadan, kata polis Greece.
Akibat berang dengan kejadian itu, rakan senegaranya membentuk kumpulan terdiri daripada 250 orang yang mula membaling batu ke arah polis Macedonia.
Juga antara 800 orang yang tersekat di sempadan adalah warga Algeria, Tunisia, Lubnan, Yaman, Iran, Pakistan, Bangladesh, Somalia dan Congo.
Polis Greece tidak campur tangan dalam menghentikan pertempuran, tetapi berada dalam keadaan bersedia untuk melindungi rakan mereka di Macedonian.
Ini kerana pendatang tidak menyasarkan orang Greece.
Pertempuran berakhir kurang sejam kemudian apabila pendatang lain campur tangan dan memegang pakaian berwarna putih sebagai tanda keamanan.
Jurucakap kerajaan Macedonia Aleksandar Gjorgjiev memberitahu The Associated Press, negara itu memasang pagar di sempadan selatan dengan Greece untuk mengelak berlaku lintasan haram dan menyalurkan aliran pendatang melalui pusat pemeriksaan rasmi.
“Sempadan itu kekal dibuka dan semua pelarian dari negara yang dilanda perang dibenarkan untuk masuk,” katanya.
Dalam pada itu, pendatang berkhemah di sepanjang landasan kereta api untuk hari ke-11 berturut-turut.
Fatemeh, 41, dari bandar Ahwiz di Iran berkata: “Saya sudah 10 hari di sini bersama dua anak lelaki. Kami memutuskan kembali ke Athens dan lihat apa yang akan dilakukan.
“Kami tidak akan kembali ke Iran, hanya penjara yang menanti di sana.” - AP