Kapten ATM Malaysia Hilang, Dikhuatiri Lemas Dihanyut Banjir



KUALA LUMPUR - Pegawai tentera dari Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dilaporkan hilang selepas kenderaan yang dinaiki bersama empat tentera dari negara lain dihanyutkan oleh air deras di Missouri, Amerika Syarikat (AS) pada 26 Disember lalu.

Jurucakap Jabatan Perhubungan Awam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan kejadian itu.

Difahamkan mangsa, Kapten Hasman Hussin berada di AS kerana menjalani kursus kejuruteraan di Fort Leonard Wood.

Katanya, berdasarkan maklumat daripada pegawai pertahanan Kedutaan Malaysia di AS, mangsa dipercayai hilang selepas terbabit dalam kejadian itu manakala mayat empat lagi rakannya sudah ditemui.

"Buat masa sekarang mangsa diklasifikasikan hilang dan operasi pencarian masih dijalankan," katanya dipetik sebagai berkata kepada Harian Metro.

Memetik laporan Army Times, kejadian berkenaan berlaku kira-kira 2 pagi Ahad lalu berdekatan Crocker, Missouri dan kenderaan dinaiki mangsa dihanyutkan air deras ketika cuba melalui kawasan yang sudah dinaiki air.

Sumber: mStar