Isteri kepada Putera William, Kate Middleton semalam dilihat memakai tiara kesayangan mendiang Puteri Diana ketika menghadiri satu majlis rasmi anjuran Queen Elizabeth di Buckingham Palace di London.
Tiara bertatah mutiara itu adalah warisan turun temurun keluarga diraja berkenaan.
Empunya kepada tiara itu adalah Queen Mary namun selepas kemangkatannya pada tahun 1953, tiara tersebut telah diwariskan kepada Queen Elizabeth II.
Ratu Britain itu sering muncul di banyak majlis rasmi dengan menggunakan tiara berkenaan sebelum dihadiahkan kepada menantunya iaitu mendiang Diana untuk majlis perkahwinannya dengan Putera Charles pada 1981.
Mendiang dahulunya sering kali menggunakan tiara yang sama dalam banyak majlis rasmi, namun telah memulangkan semula tiara berkenaan kepada ibu mertuanya setelah bercerai dengan suaminya pada tahun 1996. –Kedahnews.com