Seorang lelaki menerima padah apabila dia yang asalnya cuba mendapat memuaskan nafsu secara paksa, sebaliknya dibelasah oleh seorang wanita ketika cuba dirogolnya.
Wanita berusia 21 tahun itu telah menggigit lidah, memukul muka dan menumbuk lelaki buas itu, Johnathon Holmes, 35, di bahagian perut selepas dia diheret ke dalam semak di bandar Sheffield.
Wanita terbabit sebelum itu menyedari Holmes mengekorinya lalu dia menghubungi kekasihnya dan pada masa sama menggenggam kunci di tangannya sebagai usaha untuk melindungi diri.
“Hidup saya mungkin berakhir di situ, dan dia juga mungkin boleh membunuh saya di situ. Saya sangat takut tetapi pada masa sama berasa marah,’’ kata wanita itu ketika memberikan keterangan kepada pihak berkuasa.
Holmes telah mengekori wanita itu selama lebih sejam dan kemudian menarik mangsa ke dalam semak, sebelum memberitahu wanita itu: “Kau akan menikmatinya’’.
Penjenayah itu kemudiannya meramas payudara mangsa sebelum wanita itu memukul perut, muka dan lehernya ketika cuba menjerit meminta tolong.
Susulan itu Holmes telah menutup muka wanita itu dengan tangannya dan cuba memasukkan lidah ke dalam mulut wanita berkenaan.
Mangsa telah menggigit lidah Holmes dengan kuat dan akhirnya lelaki itu melepaskan genggamannya. Mangsa kemudian melarikan diri.
Polis yang dimaklumkan mengenai kes itu telah memburu Holmes dan dia akhirnya ditemui pada 1.30 pagi dalam keadaan mabuk.
Holmes akhirnya menerima balasan apabila dia dihukum penjara empat setengah tahun. -Kedahnews.com