Syahril A Kadir mengabadikan kenangan Abu Bakar Baashir beberapa tahun lalu |
Bekas wartawan dan journalis terkenal, Syahril A Kadir menjelaskan sebab wawancaranya dengan tokoh kontroversi Indonesia, Abu Bakar Ba'asyir, yang pernah menjadi buruan CIA kerana disyaki terlibat sebagai dalang dalam aktiviti militan Islam di negara jiran itu.
Kata Syahril, dia menegaskan tentang pendiriannya dalam memenuhi skop etika kewartawanan untuk menulis secara tulen tentang apa yang diwawancarakan untuk disampaikan kepada pembaca.
Namun katanya, oleh kerana temubual tersebut agak panas dengan luahan "keras" dan "tegas", maka hasil wawancaranya itu tidak dapat disiarkan oleh Ketua Pengarangnya disebabkan oleh ketidaksesuaian untuk dijadikan tatapan pembaca.
"Kenapa artikel temubual itu tidak dapat disiarkan? Begini sajalah. Sebagai wartawan, aku berpegang teguh pada integriti dan maruah penulisan yang aku hasilkan. Dalam temubual hampir sejam itu, Abu Bakar ternyata cukup TEGAS DAN KERAS. Beliau percaya hanya dengan kekerasan semua masalah yang melanda umat Islam ini akan dapat diselesaikan. Beliau bercakap tentang perjuangan bersenjata, tentang pengeboman, tentang peperangan dan semua yang menjurus kepada pendekatan yang memfokus tentang perkara tersebut.
"Aku boleh saja 'ubah' ayat-ayat yang keluar dari mulut beliau atau 'lembutkan' lagi agar artikel aku itu tidak kelihatan seperti sangat radikal bunyinya tetapi ia tidak memberi apa-apa makna. Aku bukanlah seorang wartawan yang jujur kalau 'terpaksa menipu' semata-mata mahu melihat artikel itu tersiar. Aku nekad, kalau A yang disebutnya, maka A jugalah yang akan aku tulis. Aku tidak akan ubah apa-apa.
"Akhirnya seperti yang memang aku jangka dari awal, artikel aku itu akhirnya terpaksa 'dibakulsampahkan'. Ketua Pengarang ketika itu memaklumkan yang artikel berkenaan tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan pembaca. Kecewa memang kecewa. Pemain bola akan kecewa kalau tidak dibenarkan beraksi di padang. Begitu juga penulis/wartawan. Mereka akan kecewa kalau artikel mereka tidak boleh disiarkan...apatah lagi dalam kes aku ini, kami terpaksa berhadapan dengan risiko untuk menemui Abu Bakar. Apapun aku rasa at least aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang wartawan. Sama ada ia sesuai untuk disiarkan atau tidak, itu bukan lagi kuasa aku. Kuasa pena aku cuma sampai di situ." jelas Syahril.
Syahril turut menjelaskan bahawa dia memilih skop penulisan yang menjelaskan tentang pengalaman berharganya menemubual Abu Bakar dan bukan menceritakan tentang isi kandungan wawancara secara eksklusif tersebut.
Abu Bakar dikatakan terlibat dalam beberapa siri pengeboman di Indonesia dan dipercayai mempunyai kaitan secara langsung dengan pertubuhan Al-Qaeda di rantau ini.
Berikut di bawah adalah kenyataan penuh Syahril yang dipetik dari laman Facebooknya baru-baru ini. -Kedahnews.com
"Aku ni kadang-kadang nak tergelak pun ada juga bila memikirkan para pembaca di luar sana. Bila aku menulis mengenai misi menemubual Ustaz Abu Bakar Ba'asyir, aku bukan berhajat untuk menulis mengenai temubual itu. Aku hanya memfokuskan mengenai kesusahan/ pengalaman yang aku tempuhi SEBELUM dapat menemuinya.
Dalam penulisan, penulis mempunyai skop tersendiri dalam setiap artikel yang ditulisnya. Kalau aku nak tulis semua dari A hingga Z, media sosial seperti FB ni bukan pentasnya. Awal-awal lagi dalam siri pertama itu aku dah nyatakan yang artikel tersebut lebih menceritakan pengalaman aku dan jurugambar Pendaki Solo dalam usaha untuk menjejaki dan seterusnya menemui Abu Bakar, itu saja.
Kenapa artikel temubual itu tidak dapat disiarkan? Begini sajalah. Sebagai wartawan, aku berpegang teguh pada integriti dan maruah penulisan yang aku hasilkan. Dalam temubual hampir sejam itu, Abu Bakar ternyata cukup TEGAS DAN KERAS. Beliau percaya hanya dengan kekerasan semua masalah yang melanda umat Islam ini akan dapat diselesaikan. Beliau bercakap tentang perjuangan bersenjata, tentang pengeboman, tentang peperangan dan semua yang menjurus kepada pendekatan yang memfokus tentang perkara tersebut.
Aku boleh saja 'ubah' ayat-ayat yang keluar dari mulut beliau atau 'lembutkan' lagi agar artikel aku itu tidak kelihatan seperti sangat radikal bunyinya tetapi ia tidak memberi apa-apa makna. Aku bukanlah seorang wartawan yang jujur kalau 'terpaksa menipu' semata-mata mahu melihat artikel itu tersiar. Aku nekad, kalau A yang disebutnya, maka A jugalah yang akan aku tulis. Aku tidak akan ubah apa-apa.
Akhirnya seperti yang memang aku jangka dari awal, artikel aku itu akhirnya terpaksa 'dibakulsampahkan'. Ketua Pengarang ketika itu memaklumkan yang artikel berkenaan tidak sesuai untuk disiarkan untuk tatapan pembaca. Kecewa memang kecewa. Pemain bola akan kecewa kalau tidak dibenarkan beraksi di padang. Begitu juga penulis/wartawan. Mereka akan kecewa kalau artikel mereka tidak boleh disiarkan...apatah lagi dalam kes aku ini, kami terpaksa berhadapan dengan risiko untuk menemui Abu Bakar. Apapun aku rasa at least aku dah jalankan tanggungjawab aku sebagai seorang wartawan. Sama ada ia sesuai untuk disiarkan atau tidak, itu bukan lagi kuasa aku. Kuasa pena aku cuma sampai di situ.
Ini yang adakalanya pembaca tidak faham. Sebab itu dalam bahagian pertama tulisan aku di FB semalam, awal-awal lagi aku dah beritahu yang temubual itu tak dapat disiarkan jadi aku hanya memfokuskan skop/ part yang lain - nampaknya ada juga yang masih marah-marah dan mengecam.
Iskhhh. Sebab itu kengkadang aku rasa malas nak tulis benda-benda begini, baik tulis pasal makan atau benda lain je yang tak sakit kepala. Tapi tak mengapalah. Tak mungkin kita boleh puaskan hati semua orang. Jadi kalau rasa nak baca coretan aku, bacalah. Kalau tak nak baca, abaikan saja. Bila aku masuk dalam bidang kewartawanan, dua perkara aku dah bersedia dari awal. DIPUJA DAN DIKECAM. Dan InsyaAllah, dua-dua itu tidak menjadi kudis pada aku. Aku begini seadanya."