Wakil UMNO Perak Datuk Ar Wan Mohamad Khair-il Anuar mencadangkan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra semalam. - Foto BERNAMA |
KUALA LUMPUR – Kerajaan dicadang mengurangkan potongan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kini pada kadar 11 peratus bagi membantu meningkatkan pendapatan bersih isi rumah.
Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad berkata kadar KWSP diharap dapat dikurangkan melalui opsyen atau mengikut taraf pendapatan rakyat.
“Rakyat terhimpit dengan kos sara hidup yang tinggi melibatkan soal pendapatan, kemampuan memiliki dan menyewa rumah dan kos pengangkutan.
“Dicadangkan sumbangan caruman pekerja KWSP dipulangkan kepada gaji pekerja, supaya rakyat mendapat pendapatan bulanan yang lebih berbanding sekarang,” katanya semasa mencadangkan usul ekonomi pada hari kedua Perhimpunan Agung UMNO 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Bagi membantu rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi, Wan Mohammad Khair-il Anuar turut mencadangkan kerajaan meneliti semula beberapa perkara mengenai konsesi lebuh raya dan kadar tol yang meningkat.
Beliau berkata kerajaan perlu meneliti pengambilalihan konsesi lebuh raya dan tol atau memberi subsidi kepada pemilik konsesi supaya dapat merendahkan bayaran tol untuk tempoh dua hingga tiga tahun.
“Saya cadangkan buat ‘upfront’ subsidi dengan sedikit pra bayaran kepada pemilik konsesi supaya bayaran tol dapat dikurangkan dan fleksibiliti kadar guna mengikut waktu puncak dan bukan puncak,” katanya.
Wan Mohammad Khair-il Anuar turut membangkitkan semula idea untuk berkongsi kereta yang pernah dilaksanakan secara serius sebelum ini, yang dilihat boleh membantu mengurangkan kos pengangkutan. – BERNAMA