Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia, Inonge Wina di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra semalam. |
PUTRAJAYA - Pihak berkuasa diarahkan memberi tumpuan serta melakukan persiapan sewajarnya terhadap kemungkinan banjir teruk melanda Sarawak, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata berdasarkan ramalan kaji cuaca, banjir di Sarawak adalah teruk tahun ini, manakala keadaan sebaliknya di Pantai Timur Semenanjung.
Beliau berkata sebagai persiapan menghadapi bencana alam itu di Sarawak, pelan pengurusan banjir Kemaman, Terengganu akan dijadikan panduan.
"Kami (kerajaan) khuatir mungkin kali ini banjir di Sarawak teruk tapi kita berdoa semoga tidak alami masalah.
"Mungkin kawasan Pantai Timur (Semenanjung) tidak akan mengalami (banjir teruk) sama macam tahun lalu," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Naib Presiden Zambia Inonge Mutukwa Wina di sini, Rabu.
Pelan Pengurusan Banjir Kemaman merangkumi pelbagai peringkat persediaan iaitu sebelum banjir, ketika banjir dan selepas banjir.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim serta Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek juga diarahkan ke Sarawak membantu Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan Agensi Pengurusan Bencana Negara membuat persiapan, kata Ahmad Zahid.
Mengulas mengenai pertemuan dengan Mutukwa Wina, Timbalan Perdana Menteri berkata Zambia berminat mempelajari cara Malaysia membangunkan sektor pertanian.
"Mereka (Zambia) berhajat tingkatkan pertanian kerana mahu menukar kebergantungan dalam bentuk mineral kepada pertanian," katanya.

Sumber: mStar