Kerajaan Negeri Kedah Cadang Haram Penjualan Vape - Badrul Hisham


ALOR SETAR – Kerajaan negeri Kedah bercadang mengharamkan penjualan vape, kata Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Badrul Hisham Hashim.

Beliau berkata ia selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Kedah dan Majlis Fatwa Kebangsaan baru-baru ini yang mengharamkan penggunaan vape.

“Kita akan adakan satu mesyuarat bagi membincangkan perkara ini dan melihat semula enakmen yang ada sebelum memutuskan untuk mengharamkan penjualan semua produk vape dan rokok elektronik.

“Setakat ini pihak berkuasa tempatan tidak melakukan sebarang tindakan terhadap premis penjualan vape sehingga keputusan rasmi mengenai pengharaman itu dicapai,” katanya kepada Bernama. – BERNAMA