Din Minimi kemukakan beberapa tuntutan sebelum menyerah diri, semalam. |
Aceh – Ketua kumpulan penentang paling dikehendaki di Aceh dan bekas anggota Gerakan Aceh Merdeka (GAM) akhirnya menyerah diri semalam selepas tiga tahun diburu pihak berkuasa.
Din Minimi dan lebih 100 pengikutnya menyerah diri kepada Pengarah Agensi Perisikan Negara, Sutiyoso dan turut menyerahkan sejumlah senjata api.
“Saya rela menyerah diri kerana apa yang saya perjuangkan dan semua tuntutan saya adalah perkara yang positif,” kata Din ketika dihubungi wartawan Jakarta Post semalam.
Menurutnya, Presiden Joko Widodo (Jokowi) juga berjanji bahawa semua tuntutannya akan dipertimbangkan kerajaan.
Jokowi dilapor berbincang dengan Din melalui satu panggilan telefon tiga hari lalu.
“Selepas menerima jaminan Jokowi, saya bersedia untuk menyerah diri.
“Saya mendesak kerajaan menjaga kebajikan anak yatim dan balu bekas pejuang GAM seperti yang terkandung dalam perjanjian damai Helsinski,” jelasnya.
Perjanjian damai itu menamatkan pemberontakan GAM dan Jakarta memberi kuasa autonomi di wilayah Aceh.
Kerajaan juga dilaporkan memberi pengampunan kepada Din dan pengikutnya.
Din, 37, dan pengikutnya diburu polis kerana melakukan pelbagai jenayah seperti rompakan dan peras ugut serta membunuh anggota keselamatan Indonesia.
Bagaimanapun, dia dianggap sebagai ‘Robin Hood’ oleh penduduk tempatan kerana memeras ugut dan merompak pengedar dadah sebelum hasil rompakan diagih kepada balu pejuang GAM yang diabaikan pemimpin GAM yang kini berkuasa. – Agensi