Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin |
KUALA LUMPUR – Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan beliau menyertai kem Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kumpulan dipanggil `kumpulan 5M’ untuk bertanding dalam Pemilihan UMNO pada tahun 2018.
Tegas beliau, tuduhan yang dilemparkan keatasnya tersebut adalah usaha pihak-pihak tertentu yang terdesak untuk menganggu semangat perpaduan dan keharmonian dalam parti itu.
“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya penglibatan saya seperti yang didakwa oleh portal tersebut. Saya tidak dihubungi dan tidak ada menghubungi sesiapa untuk bertanding apa sahaja jawatan,” katanya menerusi akaun Facebook rasminya hari ini.
Justeru, Mohamed Khaled menggesa seluruh ahli UMNO mengambil kesempatan berkumpul pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok untuk memperkukuh dan mempersiapkan jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14.
Beberapa media hari ini melaporkan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO akan mengumumkan satu kumpulan dipanggil `Team 5M’ yang menyenaraikan lima nama untuk bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti.
Perkara tersebut dikatakan akan diumumkan oleh Muhyiddin pada perhimpunan khas malam ini di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru.
“Muhyiddin akan bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak. Jawatan Timbalan Presiden pula akan dicabar oleh Mukhriz Mahathir.
“Sementara itu pula, jawatan Naib Presiden akan dicabar oleh Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ahmad bin Said (Md Said) dan Mohamed Khaled Nordin,” kata laporan berkenaan. -Kedahnews.com