Kilang Mi Guna Jenama ‘Melayu’ Disita, Status Halal Diragui?


Status seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai, Normala Yusoff  yang mendakwa satu jenama mi yang menggunakan nama "Melayu" tetapi sebenarnya diragui status halal telah menarik perhatian ramai warga netizen.

Menurutnya wanita itu, jenama "Melayu" itu sebenarnya merupakan produk keluaran sebuah syarikat milik pengusaha berbangsa Cina dan tahap kualiti pemprosesan mi tersebut diragui berikutan serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Assalamualaikum, jangan beli mi jenama Azam. Syarikat Cina tapi pakai nama Melayu. Pekerja Bangladesh tak pakai sarung tangan dan penutup mulut. Logo halal palsu dan tidak diiktiraf. Member reporter yang beritahu.

“Tadi dia ikut JAIS sita kilang. Kilang beroperasi di Jalan Baru, Kampung Baru Sungai Buluh,” tulis Normala yang turut menyertakan dua keping gambar hasil operasi serbuan secara mengejut oleh pihak JAIS.


Status yang dimuat naik oleh Normala pada 4 Disember lalu itu telah giat diperkongsikan ramai netizen dengan lebih daripada 13,000 perkongsian menerusi laman Facebook sehingga ke hari ini.


Beberapa hari yang lalu, secara kebetulan media tempatan juga melaporkan mengenai penutupan sebuah kilang mi yang tidak pula didedahkan namanya itu. -Kedahnews.com