Kim K Selamat Bersalin, Kanye West Timang Cahaya Mata Kedua


Bintang terkenal siri Keeping Up With The Kardashians, Kim Kardashian West dan suami, Kanye West selamat menimang cahaya mata kedua, semalam.

Berita gembira itu diumumkan menerusi laman web rasmi Kim dengan menulis, “Kim Kardashian West dan Kanye West baharu sahaja menimang anak lelaki pagi tadi. Kedua ibu dan anak dalam keadaan baik.”

Pasangan yang digelar Kimye ini turut mempunyai seorang anak perempuan, North West yang kini berusia dua tahun.


Susulan kelahiran anak lelakinya itu, peminat mula membuat tekaan nama baby dan rata-rata menggemari nama Easton West yang dikatakan sangat sesuai untuk digandingkan dengan kakaknya, North.

Kimye dijangka bakal mengumumkan nama anak lelaki mereka dalam masa terdekat ini. –Kedahnews.com