KimK Meroyan Lepas Bersalin, Makan Uri Sendiri Hilangkan Stress?

Kim Kardashian
Umum mengetahui Kim Kardashian dan suaminya Kanye West baharu sahaja menyambut kelahiran anak kedua, Saint West pada 5 Disember lalu.

Walaupun menjadi tumpuan peminat seluruh dunia namun pasangan romantik ini belum lagi mendedahkan wajah terbaharu bayi lelaki mereka itu.

Kisah kehidupan Kim, 35, sememangnya banyak menjadi tumpuan peminatnya dan terbaharu, selebriti yang terkenal menerusi rancangan bersiri Keeping Up With The Kardashians itu mendedahkan, rahsia tubuhnya kekal sihat dan bertenaga selain cara terbaik untuknya mengelakkan stres selepas bersalin adalah memakan urinya sendiri.

Semestinya pendedahan ini merupakan sesuatu yang menjijikkan buat kebanyakan kita, namun inilah cara Kim yang mengakui, telah mengamalkan amalan ini selepas melahirkan anaknya yang pertama, North West lagi.

Kim mendedahkan, uri yang dimakannya bukanlah masih ‘mentah’ atau digoreng sebelum dijamah namun dihasilkan dalam bentuk kapsul.

Dedahnya, amalan tersebut turut dilakukan beberapa selebriti Hollywood lain antaranya January Jones dan Kim Zolciak.

Kim juga menegaskan, sekiranya uri tidak mendatangkan kebaikan sudah pasti dia tidak akan memakannya namun amalan itu ternyata berkesan untuk kesihatannya. – Agensi