PEMANDANGAN stesen kereta api di kampung Kalach yang diliputi salji. |
Di satu kawasan terpencil di wilayah Urals di Russia, terdapat sebuah kampung yang hanya mempunyai 12 orang penduduk.
Satu-satunya perhubungan ke kampung ini adalah sebuah landasan kereta api yang menjadi nadi kehidupan penduduknya.
Sistem landasan kereta api ini berakhir di kampung Kalach yang mempunyai 12 orang penduduk yang semuanya golongan dewasa.
Perkampungan itu wujud ketika industri perhutanan sedang berkembang maju tetapi apabila Kesatuan Soviet berpecah industri itu turut berkubur.
Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk berpindah ke bandar untuk bekerja di industri pembuatan besi.
“Kira-kira 30 tahun dahulu kampung ini mempunyai seramai 600 penduduk,” kata seorang penduduk, Alexander.
Bekas pekerja di industri perhutanan itu juga masih ingat menaiki kereta api untuk membawa kayu balak ke bandar Alapayevsk.
Bagi Alexander, menaiki kereta api berusia 50 tahun di kampung itu kini umpama membawa dia kembali ke masa silam.
Kereta api hanya datang ke kampung itu beberapa kali seminggu menyebabkan penduduk membina kereta rel untuk ke bandar berdekatan.
Kereta rel ini diberi gelaran `masalah’ oleh penduduk kampung kerana sering kemalangan atau tergelincir dari landasan.
Kalach tidak mempunyai kemudahan telefon dan tiada liputan telefon bimbit.
Bekalan elektrik hanya dibekalkan selama beberapa jam pada waktu malam sejak sedekad yang lalu.
“Kadangkala saya berasa sangat bosan,” kata Sergei, 62, yang tinggal bersama ibunya, Vassa berusia 86 tahun, penduduk paling tua di kampung itu.
“Pada pukul 8 malam saya sudah berbaring di atas katil tetapi saya hanya berpusing-pusing kerana tidak dapat melelapkan mata,” jelasnya.
Penduduk paling muda di kampung itu berusia 34 tahun dan kebanyakan mereka bekerja sendiri untuk meneruskan kehidupan.
Bekalan makanan seperti roti dihantar menggunakan kereta api.
Lembu tidak lagi diternak di kampung itu dan digantikan dengan kambing.
“Kami bercucuk tanam untuk dijadikan makanan kami. Kentang, tomato, timun dan semua yang kami perlukan,” tambah Sergei.
Pekan terdekat adalah Sankin yang mempunyai kira-kira 600 penduduk.
Di pekan ini penduduk Kalach membuat segala urusan mereka seperti mengepos surat, mengeluarkan wang di bank dan membeli barangan keperluan seperti pakaian.
Sumber: myMetro
Satu-satunya perhubungan ke kampung ini adalah sebuah landasan kereta api yang menjadi nadi kehidupan penduduknya.
Sistem landasan kereta api ini berakhir di kampung Kalach yang mempunyai 12 orang penduduk yang semuanya golongan dewasa.
SEBUAH rumah tinggal yang masih berdiri di kampung ini. |
Keadaan itu menyebabkan ramai penduduk berpindah ke bandar untuk bekerja di industri pembuatan besi.
“Kira-kira 30 tahun dahulu kampung ini mempunyai seramai 600 penduduk,” kata seorang penduduk, Alexander.
PENUMPANG membakar kayu untuk memanaskan ketika berada di dalam kereta api |
Bagi Alexander, menaiki kereta api berusia 50 tahun di kampung itu kini umpama membawa dia kembali ke masa silam.
Kereta api hanya datang ke kampung itu beberapa kali seminggu menyebabkan penduduk membina kereta rel untuk ke bandar berdekatan.
PERKHIDMATAN kereta api adalah nadi kehidupan penduduk kampung ini. |
Kalach tidak mempunyai kemudahan telefon dan tiada liputan telefon bimbit.
Bekalan elektrik hanya dibekalkan selama beberapa jam pada waktu malam sejak sedekad yang lalu.
“Kadangkala saya berasa sangat bosan,” kata Sergei, 62, yang tinggal bersama ibunya, Vassa berusia 86 tahun, penduduk paling tua di kampung itu.
“Pada pukul 8 malam saya sudah berbaring di atas katil tetapi saya hanya berpusing-pusing kerana tidak dapat melelapkan mata,” jelasnya.
VASSA penduduk paling tua di kampung Kalach. |
Bekalan makanan seperti roti dihantar menggunakan kereta api.
Lembu tidak lagi diternak di kampung itu dan digantikan dengan kambing.
“Kami bercucuk tanam untuk dijadikan makanan kami. Kentang, tomato, timun dan semua yang kami perlukan,” tambah Sergei.
Pekan terdekat adalah Sankin yang mempunyai kira-kira 600 penduduk.
Di pekan ini penduduk Kalach membuat segala urusan mereka seperti mengepos surat, mengeluarkan wang di bank dan membeli barangan keperluan seperti pakaian.
ALEXANDER bergambar di depan rumahnya sambil memegang senapang. |
TIGA penduduk menaiki kereta rel yang dibina mereka untuk ke pekan berhampiran. |
Sumber: myMetro