Koenigsegg Agera RM18 Juta Ranap Berkecai Sekelip Mata

Koenigsegg Agera
BEIJING – Seorang lelaki berusia 26 tahun ‘meranapkan’ kereta mewah buatan Sweden, Koenigsegg Agera yang berharga 26.5 juta yuan (RM18 juta) di bandar Chongqing.

Media tempatan menyifatkan kejadian itu sebagai ‘kemalangan kereta paling mahal di China.’

Pemandu dikenali sebagai Liu itu ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk.

Kemalangan itu berlaku sekitar waktu tengah malam di kawasan kejiranan Yubei apabila Liu dilaporkan hilang kawalan kenderaan dipandunya sebelum melanggar penghadang jalan menyebabkan kerosakan terhadap bampar serta tayar belakang.


Saksi berkata, pemandu terbabit duduk dalam kereta selama dua jam sehinggalah petugas datang menarik kenderaan itu.

Sumber: People’s Daily Online